Mulakan dengan

Insan Bertuah

Jom Ikuti Seminar ini..Percuma je!

Wednesday, 6 April 2011

Tiada yang istimewa tentang diriku.Diriku hanya orang biasa.

Tiada yang istimewa tentang diri saya.Ifah merupakan insan biasa yang mahu bertindak luar biasa.Saya mahu ubah hidup saya kini. Ifah merupakan anak bongsu tapi sering kesunyian di kala ibu bapa sibuk bekerja di luar.Saya sering kali melihat gambar-gambar lama saat kesunyian. Kadang-kadang, diri saya menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan hidup bila melihat gambar-gambar lama.

Diriku berada di trolley baby bersama kakak tersayang.Kadang-kadang, kakak gelarkan saya anak orang putih+orang asli kerana muka saya putih waktu kecil.Sekarang, gelap sikit kot. Saya tak kesah itu semua apa kata kakak saya. Tapi kalau kakak saya kata macam itu, mesti dia anak orang putih+orang asli jugak kan? Betul tak, kawan-kawan?


Jom kita tengok gambar lain pulak.
Ini gambar sewaktu saya duduk atas meja di rumah keluarga angkat yang menjaga sewaktu mama dan abah pergi kerja.Saya sangat ringan waktu itu sampai boleh duduk atas meja.Sekarang, dah 39kg. Berat tak? Hehe.
Mama dan abah selalu kene pergi kerja mencari rezeki. Yelah, kami bukan dari keluarga berada. Walaubagaimanapun, saya bersyukur kerna masih punya ibu bapa. Kalu boleh, saya mahu mama dan abah duduk kat rumah. Biar saya jaga mereka.Masa berkualiti bersama keluarga amat penting kan, kawan-kawan?

Ha..ini pulak gambar saya tersengih duduk atas meja. Ish..suka sangat duduk atas meja.

Ini gambar saya pakai baju melayu abah sewaktu kecil sambil hisap puting.besarnya baju melayu abah sampai meleret ke bawah. Puting ini saya selalu ada waktu kecil. Mujurlah mama sempat buang puting sewaktu gigi nak tumbuh besar. Jika tidak, jongang lah gigi saya macam Halimah Jongang.

Ini pulak sambut birthday sama-sama dengan kakak walaupun birthday lain-lain. Saya ada abang kandung tapi abang tinggal dengan tok mak di Johor.Tok Mak mahu jaga Abang Adi supaya ada orang menemani tok mak di kampung. Kami terpisah waktu kecil.Tapi kami berjumpa sewaktu balik kampung. Adakala, abangku merajuk kerana kawan-kawan dia ejek yang mama dan abah tinggalkan dia. Sebenarnya, tidak. Beberapa tahun kemudian, abangku mula memahami kenapa kami berpisah.Masa menentukan segala.

No comments:

Post a Comment

You might also like