Mulakan dengan

Insan Bertuah

Jom Ikuti Seminar ini..Percuma je!

Thursday, 12 May 2011

Apa itu Cita-cita


*Kredit to Dr Islam

Cita-cita

• Merupakan hasrat yang terpendam dan mahu dimiliki, terhasil melalui pengamatan peribadi atau pendedahan pengalaman serta potensi bakat yang dimiliki
Sambungan
• Sekolah Rendah: Doktor, Pilot, Askar, Bomba, Polis dan sebagainya.

• Sekolah Menengah: Semakin Dilupakan, Mengejar target, Sibuk tiusyen

Faktor pemilihan kerjaya.

Ø MINAT
Ø BIDANG / JURUSAN
Ø PASARAN PEKERJAAN
Ø PROSPEK KERJAYA
Ø PERSONALITI

PANDUAN MEMILIH KERJAYA
1. Mengenali diri sendiri.
• Mengetahui personaliti – peramah, ceria, menghormati orang lain, kemas, sopan dll.
• Mengetahui kebolehan – bahasa, kemahiran, jatidiri dll.
• Mengetahui minat serta kemampuan – komputer, mekanik, mempunyai sijil dan asas pengalaman.




2. Mengetahui pekerjaan yang wujud.

• Dianggarkan 2,000 jenis pekerjaan yang ditawarkan mengikut pencapaian akademik dan pengalaman yang sesuai untuk bidang tertentu dalam kerjaya.
3. Kumpulan pekerjaan secara asas.
• Pekerjaan sosial – Membantu orang lain yang mempunyai masalah.
• Perkhidmatan am – Memujuk, mengurus, menunjuk ajar dan bertindak mempengaruhi orang lain.
• Pekerjaan teknikal – pembuatan, perkhidmatan dan profesional.
• Pentadbiran – Kerani, Penyelia, Ketua Unit, Pengurus dll.
4. Dapatkan khidmat Nasihat.
• Guru bimbingan kerjaya sekolah / IPT.
• Pegawai pekerjaan di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia.
• Kaunselor Kerjaya di institut latihan / institut pengajian tinggi dan organisasi berkaitan.
• Ibubapa.
5. Bertindak sekarang untuk menjayakan rancangan kerjaya anda.
• Dapatkan latihan yang sesuai untuk meningkatkan kebolehan – kemahiran komputer, Bahasa Inggeris, kelas menaip dan Internet.
• Dapatkan latihan kemahiran teknikal – Malaysia memerlukan pekerja mahir.
• Berjumpa pegawai di Jabatan Tenaga Kerja berhampiran jika memerlukan bimbingan.
TIPS MENCARI KERJA
• Ketahui jenis kerja yang ditawarkan di pasaran.
• Mempunyai sikap positif.
• Pastikan jenis kerja yang diminati.
• Buat perancangan untuk mencari kerja.
• Kumpul dan susun maklumat mengenai diri sendiri.
Di mana mencari kerja ?
• Iklan di akhbar utama.
• Jabatan Tenaga Kerja Yang Berhampiran.
• Rakan dan saudara mara.
• Agensi Pekerjaan Swasta.
• Iklan di radio dan televisyen.
• Iklan di kain rentang (banner).
• Papan kenyataan.
• Internet. (SPA,ELX dll)
Bagaimana memohon ?
• Menulis surat permohonan dan sertakan biodata lengkap.
• Mengambil dan mengisi borang yang disediakan.
• Menelefon majikan untuk membuat temujanji temuduga.
Cara menyediakan surat permohonan.
• Ikut format surat rasmi.
• Tepat dan ringkas.
• Menggunakan kertas putih kosong saiz A4.
• Menyatakan kemahiran yang dimiliki.
• Menyatakan sebab anda calon yang sesuai.
• Menjelaskan kenapa anda yakin jawatan itu sesuai untuk anda.
• Sudahi surat dengan ‘Yang Benar’.
Lampirkan biodata diri anda.
• Nama, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, dan nombor Mykad.
• Maklumat pendidikan: Kelulusan bidang pengajiandan universiti/kolej/sekolah terakhir.
• Maklumat pekerjaan: Pengalaman bekerja atau latihan kerjaya.

• Kemahiran: Beri keterangan lanjut mengenai kemahiran anda .
• Sumber rujukan: Berikan maklumat pihak yang boleh di rujuk untuk mengesahkan maklumat diri anda.
• Ingat! Anda ‘menjual’ diri anda untuk ‘dibeli’.
• TUNJUKKAN KEBOLEHAN ANDA.
10 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA
• Harvard Universiti (AS)
• Massachusetts Institut of Technology (AS)
• Cambridge University (UK)
• Oxford University (UK)
• Standford University (AS)

• University of California Berkeley (AS)
• Yale University AS
• California Institute of Technology (AS)
• Princeton University (AS)
• Ecole Polytechnique (France)
Institut Kemahiran (Kerajaan)
• Institut Latihan Perindustrian (ILP)
• Japan Malaysia Technology Institute (JMTI)
• Advance Technology Centre (ADTEC)
• Centre for Instructor and Advance Skill Training (CIAST)
• Institut Kemahiran MARA (IKM)
• Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
• Kolej Komuniti
Institut Separa Kemahiran (Kerajaan)
• Politeknik – Peringkat Sijil dan Diploma.
• Kolej Kejururawatan – Peringkat Sijil dan Diploma.
• Akademik Laut Malaysia (ALAM) – Peringkat Sijil dan Diploma.
• Sekolah Perantis Tentera.
• Akademik Tentera Malaysia (ATMA)
• Maktab / Institusi Perguruan

Jawatan Popular Terkini
• Kerani Pentadbiran, Akaun, Belian, Pemasaran dll.
• Juruteknik Elektrikal, Mekanikal, Elektronik, Tool and Die, Mekatronik, Kej. Awam, Plastik Moulding.
• Projek Eksekutif, QA Eksekutif, Eksekutif Kewangan, Eksekutif Pentadbiran dll.
• Jurutera – Awam, Mekanikal, Elektronik, Mekatronik dll.

Syarat Asas Pendidikan
• Wajib lulus kepujian B. Malaysia / Melayu
• Kepujian B. Inggeris, Sains dan Matematik
• Lulus lain-lain subjek mengikut bidang yang di pohon.

SEKTOR AWAM
Kerajaan Pusat
Ø Borang SPA 8 (SMSM)
Ø Borang SPA 6 Pin.3/94
Ø Suruhanjaya Perkhidmatan
Polis, Tentera dll.
Kerajaan Negeri & Tempatan
Ø Borang SPA Negeri
Ø Borang Majlis Bandaraya /
Bandaran
Badan-Badan Berkanun
Ø KWSP, LHDN, PERKESO dll.
PERSEDIAAN MEMASUKI
ALAM PEKERJAAN
Ø PENGUASAAN PELBAGAI BAHASA
Ø KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Ø KEMAHIRAN PERSEORANGAN
Ø ETIKA KERJA DAN SIKAP POSITIF







KESIMPULAN
Ø JANGAN MEMILIH KERJA
Ø JANGAN TERIKAT DENGAN KELULUSAN AKADEMIK
Ø REBUT PELUANG PEKERJAAN YANG ADA
Ø TIMBA PENGALAMAN

Kelemahan Yang Sering Dilakukan Oleh Calon untuk memasuki Pasaran Pekerjaan

Ø Sikap terlalu memilih pekerjaan
syarikat besar / korporat/kerajaan.
Ø Memilih jawatan yang tidak memerlukan
Pengalaman.
Ø Inginkan gaji tinggi dan tempat kerja
yang selesa, tempat kerja mudah & dekat.
Ø Tidak mahu ditemuduga & terlalu
mengharapkan kepada faedah-faedah
kerajaan.
PANDUAN PENYEDIAAN RESUME
Contoh Resume
• Nama :
• No.Kad Pengenalan :
• Tarikh lahir : Gambar
• Umur :
• Jantina :
• Taraf perkahwinan :
• Alamat surat menyurat :
• No. telefon / e-mail :
• Objektif kerjaya :
• Kelulusan akademik : ( mengikut susunan kronologi mulai kelulusan terahkir )
• Pengalaman kerja : ( mengikut susunan kronologi mulai pengalaman terahkir )
• Kemahiran khusus :
• Hobi :
• Rujukan :
‘’ Tidak penting apa yang orang lain fikirkan tentang diri kita. Yang penting ialah apa yang kita fikirkan tentang diri kita dan orang lain’’.

Sebarang pertanyaan leh Tanya sy yer

Dr_Islam 013-6616164 (dr_islam1980@yahoo.com)

No comments:

Post a Comment

You might also like