Mulakan dengan

Insan Bertuah

Jom Ikuti Seminar ini..Percuma je!

Wednesday, 16 March 2011

Kerjaya : Veterinar

             
Detik Kesedihan
       Hari ini, Arifah ingin kongsikan cita-cita Arifah sejak kecil. Minat ingin menjadi veterinar muncul apabila seekor kucing pelihara Ifah mati dilanggar oleh kereta abah sewaktu pulang dari kampung di  Johor. Waktu itu, malam itu hujan renyai-renyai. Dua ekor kucing sedang menunggu di pintu pagar. Satu kucing warna hitam penuh dan seekor kucing berwarna putih bertompok-tompok. Ifah ada dalam kereta hanya melihat dari jauh.ifah ingin sangat turun dari kereta tapi ifah tidak berbuat demikian. Mama pergi buka pintu pagar dan abah bawa kereta. Malang tak berbau. Salah seekor kucing yang berwarna hitam gebu itu dilanggar oleh kereta yang dibawa abah. Ifah terus keluar dari kereta untuk melihat keadaan kucing itu. Ifah sedih apabila melihat kepala dan perut kucing hitam itu berdarah dan itu satu-satu  kucing yang ifah rasa ada keunikan  iaitu ada bulu panjang yang yang membentuk segit tiga pada telinga kucing tersebut. Ifah jumpa kucing ini di Pasar Bukit Besar.Waktu itu, ifah tidak tahu macamana cara nak selamatkan kucing itu. Kucing itu mati begitu sahaja. Kucing itu dikebumikan jugak pada malam tersebut. Sejak dari itu, ifah berazam mahu jadi veterinar yang membantu haiwan-haiwan lain yang memerlukan macam Dr. Zul




 ---------------------------------------------------------------------------------------
Keterangan tentang Kedoktoran Veterinar

Kursus doktor perubatan veterinar adalah berkaitan dengan haiwan. Kajiannya berkaitan
haiwan normal dan tidak normal, pembedahan haiwan, sistem-sistem organ haiwan,
penyakit- penyakit haiwan dan sebagainya. Mereka yang mengikuti kursus ini,
apabila menamatkan pengajian kelak akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains
kesihatan haiwan 
Doktor veterinar akan melakukan aktiviti perubatan seperti memeriksa haiwan, mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan,
Memberi ubat pelali dan menjalankan pembedahan haiwan.
Oeh kerana masih terdapat aktiviti ternakan dan pemeliharaan haiwan, permintaan pasaran di bidang ini masih di perlukan. Bidang ini merupakan satu bidang profesional yang melibatkan produksi ternakan dan perubatan haiwan.
Doktor veterinar turut bertindak sebagai penasihat dalam memberi rawatan dan
program perubatan pencegahan untuk haiwan peliharaan, hàiwan temakan termasuk
lembu susu dan daging, kambing, kambing biri-biri, ayam dan itik. Selain itu, melibatkan juga haiwan seperti burung, haiwan liar dan haiwan yang di gunakan penyelidikan perubatan manusia.
      Fakuhi Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakari, Uni­versiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan satu-satunya universiti tempatan yang menawarkan kursus ini menye­diakan kurikulum yang digubal dan disesuaikan dan semasa ke semasa mengikut keperluan negara.
     Fakulti ini ditubuhkan pada tahun 1972 merancang wawasan bagi melahirkan lebih ramai graduan di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan di negara ini. Sejak 1976 hingga 1996, UPM berjaya mengeluarkan 1183 siswazah dalam bidang berkaitan dan kini pelbagai usaha sedang dilakukan bagi menambah bilangan itu dan semasa ke semasa, terutama di peningkat ijazah lanjutan.
      Fakulti ini mempunyai kemudahan yang lengkap dan mencukupi untuk
mengendalikan semua kursus yang ditawarkan termasuk mengadakan latihan amali
ladang dan makmal luas milik universiti.
      Fakulti ini juga menggunakan komputer sepenuhnya bertujuan mengenal pasti semua masalah dengan cepat, meningkatkan mutu perkhidmatan, kajian dan juga akan penyelidikan dalam bidang perubatan veteninar. Kemudahan komputer ini membolehkan pelajar-pelajar jurusan itu mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan.
      Bidang veterinar di negara ini mempunyai prospek selaras perkembangan industri dalam bidang berkaitan membabitkan sektor awam dan swasta. Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri rnasih ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-makmal haiwan, universiti pensyarah, membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi di sektor komersial yang melibatkan haiwan.
      Gaji seorang doktor veterinar di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,800 yang ditawarkan di sektor kerajaan, malah memperoleh lebih daripada jumlah ini jika terlibat dengan sektor swasta.



SYARAT MENCEBURI KERJAYA INI

Calon yang berminat untuk menceburi kerjaya ini perlu mempunyai kelulusan sekurang-kurangniya Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dan UPM atau universiti-universiti luar negara yang diiktiraf kerajaan.


CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i)                 Meminati profesion ini
(ii)               Mempunyai pengetahuan asas di bidang sains dan matematik
(iii)             Tidak takut atau geli pada haiwan
      (iv)      Suka kepada haiwan
(iv)             Tidak takut kepada darah haiwan
      (vi)      Sanggup bertugas tanpa mengira waktu dan tempat

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

UPM adalah satu-satunya universiti tempatan yang me­nawarkan program ini yang mengambil masa selama 5 tahun. Calon yang berjaya akan dianugerahkan ijazah doktor perubatan veteninar. Selain itu, terdapat universiti-universiti luar negara seperti di United Kingdom dan Amerika Syanikat yang menawarkan kursus ini.


SYARAT MELANJUTKAN PENGAJ1AN

Cara pertama: Lulus SPM/SPMV dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian mata pelajaran kimia pada peringkat SPM atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia peringkat STPM dan kepujian biologi SPM.

Cara kedua: Melalui matrikulasi sains, calon perlu lu1us SPM/SPMV dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dalam bahasa Melayu, matematik, dua daripada
mata pelajaran sains dan satu mata pelajaran lain. Tempoh pengajian ini adalah selama
satu hingga dua tahun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan ditawarkan mengikuti
program ijazah perubatan veterinar.

Cara ketiga: Untuk melanjutkan pengajian ke universiti luar negara, calon perlu lulus STPM atau setaraf dalam mata pelajaran biologi, matematik, fizik dan kimia.

Sumber dari unit bimbingan dan kaunseling SMKSH
-------------------------------------------------------------------------------------------

Pandangan Negatif Tentang Kerjaya ini
Ifah tahu tidak semua orang menyukai kerjaya ini...Ada juga orang yang mengatakan
" Eii...gelinya..nanti kene pegang babi dan anjing".Ada juga yang sanggup menghina gambar doktor haiwan perempuan bersama anjing. Ada juga yang masih belum memahami Islam sepenuhnya.Cuba video ini di minit 1.30


Buka Minda Anda Sekarang

Mereka kene buka minda mereka bahawa Islam mengharamkan umatnya memakan babi dan anjing. Islam membenarkan umat memegang anjing dan babi sebenarnya dan selepas itu, mereka mesti bersuci dengan cara bersuci dari najis berat. Mahu tahu kenapa babi itu haram dimakan? Babi lah yang paling banyak mempunyai asid. Tahap keasidan sangat tinggi dan ada risiko jadi obesiti.






39 comments:

  1. Artikel yang sangat sesangat menarik!! Memberi semangat kepada saya untuk terus menghalakan cita-cita saya sebagai veterinar ^^ Di Malaysia,cuma Universiti Putra sahaja ke?Nampaknya,di situlah destinasi saya kira-kira 4 ke 5 tahun lagi.

    Kucing saya pun mati dilanggar ayah saya.Dia menggelitik di hadapan saya.Dia digilis sewaktu ayah saya bertolak dengan vannya.Tak menyedari dia berada di bawah van.Sewaktu dia hendak lari keluar,ayah saya menekan minyak pada masa yag sama dan dia menjadi mangsa keadaan.Sebelum kematiannya,anak keduanya mati dilanggar lari.Tak tahu siapa yang melanggarnya,alang2 telah terlihat dia terkulai di hadapan rumah.Dia tak mati.Kakinya patah.Tulang badannya juga[rasanya].Dia tak boleh bergerak,makan atau membuang najis dengan sendiri juga.Selama 5 minggu saya sekeluarga menjaganya.Barulah dia mati.Abang sulungnya pula mati paa tahun lepas[2011] akibat jangkitan kuman.Tengkuknya digigit kucing lain dan cedera dalam.Beberapa minggu kemudian,dia mati.Ketiga-tiga kucing saya mati di rumah.Ketiga-tiganya mati dalam keadaan yang menyakitkan.Kadang-kadang pada saya,kucing saya mati secara tak normal.Terlalu sakit.Terlalu tragis cara mereka mati.Saya sangat sayang akan mereka.Tak kisah kalau Si Ibu saya anggap macam mak saya sendiri.Tak kisah saya anggap 2 beradik jantan tu sebagai adik saya.Tambahan,saya anak tunggal dan agak kurang bersosial dengan orang2 yang tak sekepala dengan saya.Haiwan,pada saya teman yang lebih baik daripada kawan yang berpendapat setentang dengan kita.Ah!Rindu sangat saya pada mereka...

    http://bisikanhatiain96.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu lagi universiti yang tawarkan iaitu UMK ( Universiti Malaysia Kelantan)

      Delete
  2. subhanallah, seronok kan jadi vet? insyaallah, kita boleh! teringin gak nak jadi vet~

    ReplyDelete
  3. nk jd vet jgk,in shaa allah..
    tp kn admin..skrang nim,UMK pom tawarkn course nim..sila update..semoga kte dpt berkongsi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus cita-cita kamu itu, Redza...
      Keep it up ! :)

      Alhamdulillah, admin dah masuk UMK. Sekarang belajar di Fakulti
      Perubatan UMK. Saya update pasal vet di web baru saya.
      Jemputlah baca http://vetlearningcurve.wordpress.com/
      Andai sempat, saya update lg pada masa akan datang.
      Adik pun boleh tengok blog senior vet UMK seperti Kak Aina Meducci.
      Nanti search kat google.Harap membantu :)

      Selamat maju jaya,

      Wallahua'lam.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum akak.... saya amat tertarik dengan artikel akak... ia memberi smgt pda saya... saya nak brtnya, kita kena dapat at least pointer brape untuk ambik kos nih???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik Ijan,
      Pointer utk apply kos ini adalah tggi, saban tahun requirement semakin tggi, yg terkini adalah 3.8 dan ke atas..

      Adik boleh ke blog ini utk info lanjut mengenai Veterinar.

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

      Delete
  7. salam nak tanye la kak , sy dpt 3.45 je so so result , ada harapan x msok vet? UPM or UMK x kesah :(

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..
    sy brminat dlm vet ni .. sy baru habis SPM .. tapi sy masih keliru utk mnyambung pngajian sebelum sambung kat UMK .. jdi d mna sy perlu mnymbung dalam program asasi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik anwar,
      Adik masih keliru, boleh ke blog ini utk info lanjut lepas SPM..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

      semoga membantu

      Delete
  9. salam,
    sy nk tny akak ni. sy berminat nk jdi vet sbb sy suke ngat haiwan berbulu mcm kucing, arnab ataupun mcm brung. masalah sy skrg ni ialah sy geli skit dgn reptile dan serangga. jdi ape cdgn akak ttg kerjaya yg patut sy ceburi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik aisya,
      Tiada masalah, seingat Dr. time belajar dlu, tak pernah la pulak kena pegang reptile / serangga ni..
      Adik tak wajib pun utk pegang haiwan2 tersebut melainkan adik sambung master dalam bidang serangga (Entomology). hehe

      No problem, go go go, adik mesti boleh..

      Adik masih keliru, boleh ke blog ini utk info lanjut lepas SPM..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

      Delete
  10. sis, saya boleh terima apa je jenis haiwan kecuali adik beradik, kaum kerabat tikus sis.. agak2 boleh x saya mengikuti kerjaya vet ni?? mana tau masa sis kat u tu sis ada kaji ke pasal kaum kerabat cik T ni?? saya x boleh dengan kerabt mereka niiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tolong jawab..kebanyakan org akan use cik T ..usually lahh..×saya pun geli gak×.

      Delete
    2. Salam Adik Ain,
      Boleh, tiada masalah, setakat 5 tahun Dr. belajar ni, xpernah lagi la Dr. kena bedah tikus mcm kat matrik dlu..
      Kerjaya ni lebih mencabar adik, bkn sekadar tikus, anjing dan kucing adalah perkara utama yg adik harus dan mesti berhadapan. Bkn nk takutkan adik, jika adik rasa tak boleh handle anjing dgn kucing, susah dikemudian hari..

      wallahualam..

      adik boleh visit ke blog info veterinar di sini..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

      Delete
  11. Hii Kak. Saya sdg buat dip.perikanan kat UMT.course 2 thn. Sblm says masuk sini saya call upm utk tanya yg bolehkah saya sambung degree in vet klau buat dip perikanan. Dia ckp boleh. Tapi saya x tau camne ngan pointer. Akak blh explain x?? Tq 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya boleh tlg jawab sbb saya Dr Veterinar.
      Ya, adik boleh apply utk masuk kos ini, cuma pointer agak tggi di sebabkan persaingan dgn pelajar2 lepasan matrik, lepasan asasi dan STPM.. persaingan akan jd tggi dan pointer adik haruslah tggi jugak, sekurang2nya 3.8 dan keatas. Bkn nk menakutkan adik, tp ini bila bercakap mengenai realiti..

      Adik boleh ke blog ini utk info lanjut ttg kerjaya ini

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

      Delete
  12. Saya punya cita2 pun nak jadi veterinar doctor..☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adik syah,
      Bagus adik, kecik2 lagi dah ada cita2 tersendiri, adik boleh gain more info kat blog Dr. ya..

      Adik masih keliru, boleh ke blog ini utk info lanjut lepas SPM..

      https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html

      Delete
  13. Assalamualaikum akak. Saya memang berminat dgn vet dkt upm.Tapi saya dpt iv pilihan pertama biomedic.Saya mmg nak persue in vet dkt upm. Pointer saya skrg 3.97. Lepas apa yg akak post my passion towards vet lagi tinggi.

    ReplyDelete
  14. Salam adik Ieka..

    Mohon ikuti blog Dr di

    (https://megawealthvet.blogspot.my/2016/02/kerjaya-sebagai-doktor-perubatan.html)

    Disini Dr kongsikan cara dan pengalaman Dr dalam bidang Veterinar, dan adik boleh tanya apa2 soalan kepada Dr berkaitan dgn bidang Veterinar ini..

    Pada Dr, result adik dah cukup cemerlang iaitu 3.97.. Tahniah diucapkan. Ya, adik boleh ke bidang Veterinar ini.. Dr cadangkan adik masukkan pilihan pertama adik utk VET di UPM kerana mereka memilih pilihan pertama sebagai KEUTAMAAN.
    Adik boleh komen di blog Dr ya.. Terima kasih

    ReplyDelete
  15. Assalam doc bagi student pekerja ladang ruminan mcm sy boleh tak sambung sebagai doctor haiwan doc ?? sy sukakan haiwan rumah pown cm zoo dh kucing belas ekor.,.anjing..lembu kambing semua ada.....cuma sy fobia dgn ular

    ReplyDelete
  16. Hi doctor, nk tanya jika sy sekarang mengambil bachelor in animal science (sains ternakan) di upm, masih blhkah saya utk minta tukar course selepas sem1 dgn result yg baik?
    Kerana sy dpt tahu bahawa kita tidak blh tukar course kepada bidang perubatan.

    ReplyDelete
  17. Salam, saya nak tanya , saya seorang pelajar spm tahun ni, tapi saya cuma mengambil mata pelajaran biology , kimia , addmaths tetapi tiada fizik. Still ada peluang ke nak jadi vet? :(

    ReplyDelete
  18. Hello doc....I'm a matriculation student.... If I get 3.6 can I become a vet?

    ReplyDelete
  19. hi doc, saya dapat tawaran umk. boleh tak saya minta email doc ? saya nak tanya apa apa soaln ?

    ReplyDelete
  20. trima kasih doc..article ni sgt membantu saya dan beri smangat kpd saya utk saya kejar cita2 saya..saya dh lma bercita cita nk jdi vet

    ReplyDelete
  21. Hello. Im Jes. Im 16. I truly desire to be a vet. So, my question is does everyone who wants to be a vet needs to sit for STPM? or SPM certificate will be just enough? And one more thing, UPM offer this courses right? Is there any fee to pay? Well, I'm not from a wealthy family you know. So, yeah..

    ReplyDelete
  22. PERHATIAN!!!!
    Saya mencari doktor veterinar untuk bekerjasama mengurus klinik haiwan. Jika ada yang berminat tolong hubungi saya di firdausjob7@gmail.com

    ReplyDelete
  23. apa syarat nak buka klinik veterinar?

    ReplyDelete
  24. apa syarat nak buka klinik veterinar?

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum Doc,saya pljar spm..saya mmg impian nk jadi vet sejak kecil lagi..saya nak tanya,klu nk smbung after spm,better masuk matrix or asasi dulu b4r masuk upm? or ada peluang lain utk ke oversea dlm course ni?

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum...saya nak tanye..
    Saye pelajar spm..saye xamik bio,kimia,fizik..saye hanye amik sains...
    Boleh ke nak jd doktor haiwan?

    ReplyDelete
  27. aslkm akak..sy berminat nak ambil bidang vet ni..lps tu st nak jadi pensyarah dlm bidang tu nanti..boleh x akak explain mcm mna perjlanan dia?

    ReplyDelete
  28. Wah terima kasih atas artikel yg bermanfaat. vet system

    ReplyDelete

You might also like