Setiap hari, kita mesti melakukan perubahan iaitu sesuatu yang lebih baik dari baik. Mungkin kita tidak boleh melakukan semua perubahab sekaligus tapi kita mampu membuat perubahan ke arah yang lebih baik satu per satu. Tidak kiralah apa-apa pun. Kita boleh buat perubahan dari segi bangun lewat kepada bangun awal,malas kepada rajin, biadab kepada teradab.Hari makin hari, kita akan menjadi dewasa dan pemikiran kita juga perlu matang dan berfikir menurut Al-Quran. Bahaya jika manusia tidak menggunakan akal yang dikurniakan Allah dengan mengikuti ajaran Al-Quran.Kadang-kadang, kita rasa susah sangat nak berubah. Ingatlah, teman-teman, perubahan itu ibarat menongkah arus di sungai.Pernah, ifah mendengar bicara seperti ini, " Jalan ke syurga tidak mudah. Jika jalan ke syurga itu mudah, maka semua orang akan masuk syurga". Allah menjadikan dunia sebagai tempat ujian untuk manusia. Dunia ibarat medan ujian bagi manusia.Jom kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
Another my blog
Friday, 18 March 2011
Semangat Baru ! Masa untuk transformsi diri!
Setiap hari, kita mesti melakukan perubahan iaitu sesuatu yang lebih baik dari baik. Mungkin kita tidak boleh melakukan semua perubahab sekaligus tapi kita mampu membuat perubahan ke arah yang lebih baik satu per satu. Tidak kiralah apa-apa pun. Kita boleh buat perubahan dari segi bangun lewat kepada bangun awal,malas kepada rajin, biadab kepada teradab.Hari makin hari, kita akan menjadi dewasa dan pemikiran kita juga perlu matang dan berfikir menurut Al-Quran. Bahaya jika manusia tidak menggunakan akal yang dikurniakan Allah dengan mengikuti ajaran Al-Quran.Kadang-kadang, kita rasa susah sangat nak berubah. Ingatlah, teman-teman, perubahan itu ibarat menongkah arus di sungai.Pernah, ifah mendengar bicara seperti ini, " Jalan ke syurga tidak mudah. Jika jalan ke syurga itu mudah, maka semua orang akan masuk syurga". Allah menjadikan dunia sebagai tempat ujian untuk manusia. Dunia ibarat medan ujian bagi manusia.Jom kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
Wednesday, 16 March 2011
Model Doktor Veterinar Yang Berjaya
Oleh Fairuz Zaidan
fairuzaidan@bharian.com.my

Bagai seiring personaliti jejaka XY - Ikon Lelaki minggu ini tatkala menyentuh soal kerjaya dan keperibadiannya. Sikap penyayang terhadap haiwan melengkapi tuntutan profesion sebagai doktor veterinar si empunya diri. Ikuti tabir cerita Dr Zul Erwan Azmi...
SUKAR diluahkan betapa meriahnya sesi fotografi menghasilkan gambar muka depan XY - Ikon Lelaki minggu ini. Bayangkan, gelagat 32 ekor kucing peliharaan personaliti pilihan XY - Ikon Lelaki, Dr Zul Erwan Azmi cukup menguji kesabaran dan kreativiti menghasilkan sudut dan pose terbaik.
Lucu, nakal dan bersahaja menjadi antara karektor yang dilihat pada kumpulan kucing ini. Puas mengumpulkan semua 32 ekor, ada saja kucing dan ‘rakan-rakannya’ lari meninggalkan sudut rakaman lensa. Tidak cukup itu, ada juga kucing yang aktif berlari ke sana-sini hingga terpaksa diasingkan. Tidak terkecuali, aksi si manja yang mahu makanan disuap dengan penuh kasih sayang.
Jurugambar Berita Harian, Sobri Sudin nyata sabar melayan kerenah kucing pada petang itu. Suasana riuh-rendah memecah keheningan rumah teres dua tingkat yang didiami Dr Zul Erwan. Akhirnya, idea awal mengumpulkan semua kucing di pangkuan Dr Zul Erwan terpaksa dilupakan.
“Beginilah keadaannya apabila berdepan si comel. Gelagat kucing peliharaan saya ini sudah menjadi asam garam hidup sebagai doktor haiwan. Saat begini tentu menyeronokkan apatah lagi melihat kucing ini sihat-sihat belaka,” katanya membuka cerita.
Dr Zul Erwan berkata, saban hari ada saja kes baru yang membabitkan masalah kesihatan haiwan peliharaan dirujuk di klinik veterinar tempat beliau bertugas di Shah Alam, Selangor.
![]() |
Dr Zul Erwan berkata, selain melayan gelagat haiwan, beliau juga terpaksa berdepan kerenah pemilik haiwan yang mahukan perkhidmatan terbaik.
“Semestinya, sebagai doktor kita perlu berusaha melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan haiwan kesayangan pelanggan. Kita juga harus menerima takdir andai segala usaha gagal temui jalan penyelesaian.
“Ini termasuk kes berat seperti haiwan yang terbabit dalam kemalangan teruk hingga tidak dapat diselamatkan,” katanya.
Leka mendengar cerita Dr Zul Erwan yang menghabiskan tempoh tujuh tahun melanjutkan pengajian dalam bidang veterinar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Paling istimewa, Dr Zul Erwan bertemu jodoh dengan pensyarah seni yang juga seorang pencinta haiwan.

Bersama Dr Zul Erwan selami peribadi serta minat mendalamnya dalam bidang veterinar...
Ceritakan serba sedikiti kerjaya Dr Zul Erwan sebagai doktor veterinar?
Sebagai doktor haiwan, kita perlu mendekati semua jenis haiwan bukan saja haiwan comel seperti kucing. Haiwan besar seperti lembu dan kambing juga tidak terkecuali.
Namun, skop kerjaya saya sekarang lebih menjurus kepada haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan arnab. Manakala sesi rawatan yang selalu diberi ialah merawat penyakit biasa seperti selsema, demam dan pemandulan.
Mengapa memilih bidang veterinar berbanding cabang perubatan lain?
Secara peribadi, saya amat menyayangi haiwan sejak kecil lagi. Malah, ketika di sekolah menengah, saya mula berminat mendalami perubatan haiwan. Kematian kucing kesayangan ketika saya menuntut di tingkatan tiga menguatkan lagi azam menceburi bidang ini.
Ini membuatkan saya tekad memilih bidang veterinar di UPM dan menghabiskan tujuh tahun menguasai bidang ilmu ini.
Apakah cabaran yang dihadapi doktor haiwan?
Kesabaran adalah kunci utama yang perlu disemai dalam diri doktor veterinar. Lebih-lebih lagi kita berdepan dengan kerenah pemilik haiwan yang sentiasa mahukan perkhidmatan terbaik.
Banyak situasi perlu ditangani dengan bijak, misalnya kita tidak terlepas daripada merawat anjing yang memerlukan perhatian doktor. Sebagai insan yang bersifat berperikemanusiaan, mahukah kita hanya melihat andai berdepan dengan anjing tersepit?
Sejauh mana kecintaan anda terhadap haiwan peliharaan?
Rasa sayang begitu mendalam dalam jiwa saya. Jika boleh, saya sendiri mahu membela kucing terbiar di tepi jalan. Apakan daya saya tidak mampu melakukan semua itu. Apa yang mampu saya lakukan hanyalah membeli makanan andai terjumpa kucing kelaparan.
Sudah menjadi impian saya pada suatu hari kelak menubuhkan pusat kebajikan haiwan terbiar.
Lelaki dan kecenderungan memelihara haiwan - boleh anda ulas serba sedikit?
Mungkin ramai menganggap wanita lebih serasi dengan haiwan peliharaan. Tanggapan itu salah sama sekali. Apa yang saya perhatikan, jumlah pemilik haiwan lelaki dan wanita yang berkunjung ke klinik lebih kurang sama.
Malah, Rasulullah SAW sendiri adalah pencinta kucing.
Apa agaknya gelagat lelaki dengan haiwan peliharaan, apakah sama dengan pemilik haiwan wanita?
Tidak ada bezanya sama ada pemilik lelaki atau wanita. Cuma lelaki mungkin lebih menggemari haiwan eksotik seperti landak, iguana, kura-kura dan hamster berbanding kucing atau anjing.
Apa pandangan Dr Zul Erwan mengenai potensi bidang veterinar di Malaysia?
Potensinya cukup besar dan menjanjikan peluang kerjaya meluas. Untuk makluman, hanya UPM saja yang menawarkan pengajian dalam bidang veterinar di Malaysia. Selain boleh bekerja di klinik veterinar, lulusan bidang veterinar boleh bekerja di Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH).
Bagaimana Dr Zul Erwan melihat hobi memelihara haiwan dalam konteks kehidupan di bandar serta kaedah melindungi haiwan daripada ancaman pelbagai penyakit dan potensi haiwan peliharaan membiak di luar kawalan?
Sebenarnya, ramai tidak faham konteks pemandulan haiwan terbiar. Seharusnya kita menyokong usaha pemandulan haiwan terbiar kerana haiwan ini terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat. Justeru, di klinik ini sendiri, kami memberikan diskaun istimewa untuk program pemandulan haiwan.
Berapa lama anda berkecimpung dalam bidang veterinar?
Sejak tamat pengajian dalam bidang veterinar pada 2006, saya terus menumpukan perhatian dalam bidang ini. Saya gembira dapat membantu masyarakat serta menjadi sebahagian daripada komuniti yang menyayangi haiwan peliharaan.
Berapa lama anda mahu berkecimpung dalam bidang ini?
Selepas tamat pengajian dulu, saya bekerja dengan sebuah syarikat penternakan ayam di Muar, Johor. Selama enam bulan di sana, saya mula merasakan kekurangan dan menyebabkan saya beralih ke klinik haiwan.
Di sini, saya rasa lebih lebih mencabar dan memberi lebih ruang untuk menimba pengalaman. Saya tidak meletakkan sasaran, sebaliknya mahu terus bertugas dengan komitmen dan minat yang tinggi.
Ceritakan sedikit mengenai kehidupan peribadi anda?
Sejak mendirikan rumah tangga, kehidupan mula berubah (ketawa) Jika dulu, banyak masa dihabiskan di klinik hingga pulang lewat malam, kini saya pastikan akan pulang ke rumah sebelum jam 10 malam.
Banyak masa kini dihabiskan bersama isteri. Hujung minggu pula saya berkebun.
Bagaimana pula personaliti diri Dr Zul Erwan?
Selain suka memelihara kucing, saya mula berjinak-jinak dalam seni lukis. Kebetulan isteri saya juga seorang pelukis, jadi sedikit sebanyak minat itu bercambah. Daripada sekadar membantu isteri membancuh warna, saya semakin minat melukis. Saya juga seorang pendiam.
Aktiviti anda pada waktu lapang?
Jika tidak membantu isteri dengan kerja rumah, kami akan berjalan ke kedai bunga atau taman burung. Jika tidak mempunyai rancangan khusus, kami lebih suka berehat di rumah bersama haiwan peliharaan.
Adakah Dr Zul Erwan boleh dikelaskan sebagai lelaki romantik?
Saya rasa biasa-biasa saja. (tergelak). Mungkin saya seorang yang penyayang.
PROFIL: Zul Erwan Azmi
Umur : 28 tahun
Tarikh lahir : 4 Oktober 1981
Tempat lahir : Sungai Pinang, Pulau Pinang
Tinggi : 186 sentimeter
Berat : 77 kilogram
Saiz Baju : M atau L
Saiz Kasut : 9.
Ini link blog Dr. Zul kot ni di http://sirihikayat.blogspot.com/
Kerjaya : Veterinar
Detik Kesedihan
Hari ini, Arifah ingin kongsikan cita-cita Arifah sejak kecil. Minat ingin menjadi veterinar muncul apabila seekor kucing pelihara Ifah mati dilanggar oleh kereta abah sewaktu pulang dari kampung di Johor. Waktu itu, malam itu hujan renyai-renyai. Dua ekor kucing sedang menunggu di pintu pagar. Satu kucing warna hitam penuh dan seekor kucing berwarna putih bertompok-tompok. Ifah ada dalam kereta hanya melihat dari jauh.ifah ingin sangat turun dari kereta tapi ifah tidak berbuat demikian. Mama pergi buka pintu pagar dan abah bawa kereta. Malang tak berbau. Salah seekor kucing yang berwarna hitam gebu itu dilanggar oleh kereta yang dibawa abah. Ifah terus keluar dari kereta untuk melihat keadaan kucing itu. Ifah sedih apabila melihat kepala dan perut kucing hitam itu berdarah dan itu satu-satu kucing yang ifah rasa ada keunikan iaitu ada bulu panjang yang yang membentuk segit tiga pada telinga kucing tersebut. Ifah jumpa kucing ini di Pasar Bukit Besar.Waktu itu, ifah tidak tahu macamana cara nak selamatkan kucing itu. Kucing itu mati begitu sahaja. Kucing itu dikebumikan jugak pada malam tersebut. Sejak dari itu, ifah berazam mahu jadi veterinar yang membantu haiwan-haiwan lain yang memerlukan macam Dr. Zul
---------------------------------------------------------------------------------------
Keterangan tentang Kedoktoran Veterinar
Kursus doktor perubatan veterinar adalah berkaitan dengan haiwan. Kajiannya berkaitan
haiwan normal dan tidak normal, pembedahan haiwan, sistem-sistem organ haiwan,
penyakit- penyakit haiwan dan sebagainya. Mereka yang mengikuti kursus ini,
apabila menamatkan pengajian kelak akan berkhidmat di bidang perubatan dan sains
kesihatan haiwan
Doktor veterinar akan melakukan aktiviti perubatan seperti memeriksa haiwan, mendiagnosis penyakit, merawat kecederaan, menentukan jenis ubat untuk haiwan,
Memberi ubat pelali dan menjalankan pembedahan haiwan.
Oeh kerana masih terdapat aktiviti ternakan dan pemeliharaan haiwan, permintaan pasaran di bidang ini masih di perlukan. Bidang ini merupakan satu bidang profesional yang melibatkan produksi ternakan dan perubatan haiwan.
Doktor veterinar turut bertindak sebagai penasihat dalam memberi rawatan dan
program perubatan pencegahan untuk haiwan peliharaan, hàiwan temakan termasuk
lembu susu dan daging, kambing, kambing biri-biri, ayam dan itik. Selain itu, melibatkan juga haiwan seperti burung, haiwan liar dan haiwan yang di gunakan penyelidikan perubatan manusia.
Fakuhi Kedoktoran Veterinar dan Sains Penternakari, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang merupakan satu-satunya universiti tempatan yang menawarkan kursus ini menyediakan kurikulum yang digubal dan disesuaikan dan semasa ke semasa mengikut keperluan negara.
Fakulti ini ditubuhkan pada tahun 1972 merancang wawasan bagi melahirkan lebih ramai graduan di bidang perubatan dan sains kesihatan haiwan di negara ini. Sejak 1976 hingga 1996, UPM berjaya mengeluarkan 1183 siswazah dalam bidang berkaitan dan kini pelbagai usaha sedang dilakukan bagi menambah bilangan itu dan semasa ke semasa, terutama di peningkat ijazah lanjutan.
Fakulti ini mempunyai kemudahan yang lengkap dan mencukupi untuk
mengendalikan semua kursus yang ditawarkan termasuk mengadakan latihan amali
ladang dan makmal luas milik universiti.
Fakulti ini juga menggunakan komputer sepenuhnya bertujuan mengenal pasti semua masalah dengan cepat, meningkatkan mutu perkhidmatan, kajian dan juga akan penyelidikan dalam bidang perubatan veteninar. Kemudahan komputer ini membolehkan pelajar-pelajar jurusan itu mengikuti pembelajaran dengan lebih berkesan.
Bidang veterinar di negara ini mempunyai prospek selaras perkembangan industri dalam bidang berkaitan membabitkan sektor awam dan swasta. Lulusan bidang ini boleh mendapatkan pekerjaan di ladang ternakan, di industri rnasih ternakan dan pengeluaran makanan, klinik-klinik haiwan, Kementerian Pertanian, zoo, makmal-makmal haiwan, universiti pensyarah, membuka klinik haiwan sendiri dan banyak lagi di sektor komersial yang melibatkan haiwan.
Gaji seorang doktor veterinar di negara ini antara RM2,500 hingga RM2,800 yang ditawarkan di sektor kerajaan, malah memperoleh lebih daripada jumlah ini jika terlibat dengan sektor swasta.
SYARAT MENCEBURI KERJAYA INI
Calon yang berminat untuk menceburi kerjaya ini perlu mempunyai kelulusan sekurang-kurangniya Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dan UPM atau universiti-universiti luar negara yang diiktiraf kerajaan.
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i) Meminati profesion ini
(ii) Mempunyai pengetahuan asas di bidang sains dan matematik
(iii) Tidak takut atau geli pada haiwan
(iv) Suka kepada haiwan
(iv) Tidak takut kepada darah haiwan
(vi) Sanggup bertugas tanpa mengira waktu dan tempat
TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN
UPM adalah satu-satunya universiti tempatan yang menawarkan program ini yang mengambil masa selama 5 tahun. Calon yang berjaya akan dianugerahkan ijazah doktor perubatan veteninar. Selain itu, terdapat universiti-universiti luar negara seperti di United Kingdom dan Amerika Syanikat yang menawarkan kursus ini.
SYARAT MELANJUTKAN PENGAJ1AN
Cara pertama: Lulus SPM/SPMV dan mendapat kepujian mata pelajaran bahasa Melayu. Calon juga perlu dengan gred baik dalam mata pelajaran biologi pada peringkat STPM dan kepujian mata pelajaran kimia pada peringkat SPM atau lulus dengan gred baik mata pelajaran kimia peringkat STPM dan kepujian biologi SPM.
Cara kedua: Melalui matrikulasi sains, calon perlu lu1us SPM/SPMV dan mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian dalam bahasa Melayu, matematik, dua daripada
mata pelajaran sains dan satu mata pelajaran lain. Tempoh pengajian ini adalah selama
satu hingga dua tahun. Selepas menamatkan pengajian pelajar akan ditawarkan mengikuti
program ijazah perubatan veterinar.
Cara ketiga: Untuk melanjutkan pengajian ke universiti luar negara, calon perlu lulus STPM atau setaraf dalam mata pelajaran biologi, matematik, fizik dan kimia.
Sumber dari unit bimbingan dan kaunseling SMKSH
-------------------------------------------------------------------------------------------
Pandangan Negatif Tentang Kerjaya ini
Ifah tahu tidak semua orang menyukai kerjaya ini...Ada juga orang yang mengatakan
" Eii...gelinya..nanti kene pegang babi dan anjing".Ada juga yang sanggup menghina gambar doktor haiwan perempuan bersama anjing. Ada juga yang masih belum memahami Islam sepenuhnya.Cuba video ini di minit 1.30
Buka Minda Anda Sekarang
Mereka kene buka minda mereka bahawa Islam mengharamkan umatnya memakan babi dan anjing. Islam membenarkan umat memegang anjing dan babi sebenarnya dan selepas itu, mereka mesti bersuci dengan cara bersuci dari najis berat. Mahu tahu kenapa babi itu haram dimakan? Babi lah yang paling banyak mempunyai asid. Tahap keasidan sangat tinggi dan ada risiko jadi obesiti.
Subscribe to:
Posts (Atom)
You might also like
-
Detik Kesedihan Hari ini, Arifah ingin kongsikan cita-cita Arifah sejak kecil. Minat ingin menjadi veterinar muncul a...
-
Oleh Fairuz Zaidan fairuzaidan@bharian.com.my Bagai seiring personaliti jejaka XY - Ikon Lelaki minggu ini tatkala menyentuh soal kerja...
-
*Kredit to Dr Islam Cita-cita • Merupakan hasrat yang terpendam dan mahu dimiliki, terhasil melalui pengamatan peribadi atau pendedaha...
-
I got 2 offer lately 1. Interview for Researcher Assistant from SPA for different type of department on 25 May 2011, Wisma Darul Iman I li...
-
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu...
-
Saya selalu dengar pertanyaan dari teman-teman.Mereka ingin tahu tentang Vemma. Saya ingin rungkai persoalan mereka ini dengan post kali ini...
-
RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai 'Paksi' untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri ...
-
After the English class,I went to library to read a magazine, I came across an article discussion about good lifestyle. One malay girl gav...
-
Credit to : Mommy Lyna http://mysuperkids.net/ Bagaimana memulakan perniagaan ? Kini saya dapati ramai orang dah mula berniaga, sama ada ...
-
Assalamualaikum... Di sini, ifah nak huraikan perbezaan Biotechnologi dengan Kejuruteraan Biotechnologi. Sebenarnya, ifah dah research per...